Jonghyun dirakam berada di kedai serbaneka sebelum kematian tragisnya

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Disember 21, 2017 15:10 MYT
Jonghyun yang dilahirkan pada 8 April 1990, meninggal dunia pada usia 27 tahun. - Foto Instagram/jonghyun 948
Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan kali terakhir bintang K-pop Jonghyun dilihat hidup sebelum kematian penuh tragis itu berlaku.
Dalam rakaman video terbabit, ahli kumpulan SHINee berusia 27 tahun itu dilihat membeli-belah di sebuah kedai serbaneka di pangsapuri yang didiaminya.
Pemilik premis mendakwa Jonghyun membeli rokok, minuman ringan dan makanan ringan.
Menurut pengawal keselamatan bangunan, sejurus keluar dari premis terbabit Jonghyun kelihatan memandu kenderaannya dengan laju.
"Selepas keluar dia berdiri agak lama di hadapan kedai serbaneka terbabit.
BACA: Vokalis utama SHINee, Jonghyun, meninggal dunia pada usia 27 tahun
"Dia kemudiannya masuk ke dalam kereta dan memandu ke jalan utama dengan laju," jelasnya.
Jonghyun ditemukan tidak sedarkan diri oleh kakak beliau di kediamannya di Chungdam, Seoul kira-kira pukul 6 petang (waktu tempatan) 18 Disember lalu.
BACA: "Menjadi popular bukan kehidupanku" - Jonghyun
BACA: "Segalanya terlalu sukar, tolong benarkan saya pergi" - Mesej terakhir Jonghyun sebelum bunuh diri
BACA LAGI: 'Kalau tak suka pun, hormatlah' - Peminat Jonghyun kesal kematian idola diperlekeh
Selepas dijumpai tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital, ajal menanti beliau.
Pihak polis mengesyaki insiden tersebut merupakan kes bunuh diri disebabkan laporan yang dibuat oleh kakak Jonghyun pada kira-kira 4.42 petang yang menyatakan: “Saya rasa Jonghyun hendak membunuh diri.”
Polis juga menemui kuali yang berisi cecair perang di rumahnya.
Dipercayai, cecair tersebut telah menyebabkan kematiannya.
#bunuh #bunuh diri #CCTV #Jonghyun #Kim Jong Hyun #meninggal dunia #Shinee #video
;