Jonas Brothers disaman kerana 'terlalu popular'
Astro Awani
Januari 3, 2013 07:53 MYT
Januari 3, 2013 07:53 MYT
Kes saman pertama di Hollywood tahun ini adalah apabila seorang peminat menyaman kumpulan The Jonas Brothers.
Ashleigh Johnson menyaman kumpulan itu kerana dipijak semasa sebuah konsert berlangsung tiga tahun lepas.
Wanita yang enggan mendedahkan umurnya itu berkata kejadian tersebut berlaku kerana The Jonas Brothers terlalu popular.
Dakwaan itu sedikit menghairankan kerana mereka tidak muncul dengan album baru sejak 2009.
Johnson mendakwa kejadian tersebut mengakibatannya mengalami masalah mental, emosi dan kecederaan yang serius.
Dia turut menyaman pihak pengurusan The Jonas Brothers, Caruso management.
The Jonas Brothers yang dianggotai adik beradik Kevin, Joe dan Nick Jonas itu popular dengan lagu 'Burning Up' dan 'Lovebug'.