Jom sertai program Imarah Ramadan anjuran Astro

Gempak
Julai 11, 2015 06:21 MYT
Antara aktiviti menarik yang diadakan ialah majlis khatam, berbuka puasa, solat tarawih, Qiamulail dan Forum Sinar Dhuha

Astro Oasis dan Masjid Wilayah Persekutuan menjemput anda hadir ke program Imarah Ramadan untuk sama-sama memeriahkan malam-malam terakhir Ramadan.

Program ini bermula pada 11 Julai 2015 (Sabtu), jam 5.30 petang dan berakhir pada 12 Julai 2015 bersamaan pagi Ahad.
Antara aktiviti menarik yang diadakan ialah majlis khatam, berbuka puasa, solat tarawih, Qiamulail dan Forum Sinar Dhuha.
Selain itu, program Imarah Ramadan ini juga turut dihadiri oleh beberapa selebriti seperti Diana Amir, Asyraf Muslim, Sharifah Khasif, Yat Hamzah, Fiza Elite, Imam Muda Hassan, Imam Muda Nuri, PU Lokman dan ramai lagi.
Imarah Ramdan diadakan bertempat di Majlis Wilayah Persekutuan, Jalan Duta Kuala Lumpur.
Jadi, kepada anda tunggu apa lagi, jangan lupa untuk menghadiri program Imarah Ramadan bermula jam 5.30 petang ini.

#astro oasis #Imarah #Masjid Wilayah Persekutuan #Ramadan