Johnny Depp hadir perbicaraan kes fitnah pukul Amber Heard
Agensi
Julai 7, 2020 21:56 MYT
Julai 7, 2020 21:56 MYT
Perbicaraan kes saman aktor Hollywood, Johnny Depp terhadap akhbar The Sun UK bermula pada Selasa.
Saman itu dikemukakan Depp susulan laporan yang mendakwa pelakon filem 'Edward Scissorhands' itu mendera bekas isterinya, Amber Heard.
Artikel yang diterbitkan pada April 2018 itu mendakwa Depp bersikap ganas terhadap Heard.
Depp juga disifatkan sebagai seorang yang ringan tangan terhadap bekas isterinya itu. Bagaimanapun, Depp menyangkal tuduhan tersebut.
Pada masa sama, Depp turut menuduh Heard, yang hampir 20 tahun lebih muda, turut bertindak ganas terhadapnya.