Johan As'ari tidak tolak jodoh dengan Shila
Astro Awani
September 28, 2013 10:02 MYT
September 28, 2013 10:02 MYT
Mengakui akrab dengan Shila Amzah, Johan As'ari bagaimanapun menafikan mempunyai hubungan istimewa.
Namun, Johan tidak menolak sekiranya Shila adalah jodoh yang ditentukan tuhan.
Johan sebelum ini menyatakan keluarga saling mengenali tetapi hubungan mereka sehingga kini tidak lebih sekadar kawan.
Shila pula pernah memberitahu dia ingin memberi fokus kepada karier dan tidak mahu memikirkan perihal cinta sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga tahun.
Spekulasi di antara Johan dan Shila mula timbul sejak Syawal lalu apabila foto mereka bersama dimuat naik di Instagram.