"Jodoh itu rahsia Allah" - Amaris selamat bernikah dengan gadis pilihan

Gempak
Januari 8, 2018 13:37 MYT
Pelakon itu memuat naik foto sekitar majlis persandingannya beserta kapsyen: "Sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah, Alhamdulillah."
PELAKON Amran Ismail, 33, selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Nur Syazwani Alias, 28, pada Jumaat lalu.
Amran yang kini dikenali dengan nama Amaris menyerahkan mas kahwin bernilai RM22.50 bersama 11 dulang hantaran dibalas 13 dulang.
Merahsiakan wang hantaran, majlis pernikahan Amaris dan Syazwani berlangsung di Batu Pahat, Johor.
Pasangan itu turut diraikan dalam sebuah majlis resepsi di kediaman pengantin perempuan pada Sabtu lalu.
Menerusi kemas kini laman Instagram Amaris, pelakon itu memuat naik foto sekitar majlis persandingannya beserta kapsyen: "Sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah, Alhamdulillah."
Peminat dan pengikut laman Instagram Amaris mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan mempelai.
Peminat juga turut mendoakan agar perkahwinan yang dibina kekal sehingga ke akhir hayat.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Amaris
#Amaris #Amran Ismail #Instagram #kahwin #nikah #Nur Syazwani Alias #perkahwinan