Jins Shamsuddin: "Bukit Kepong, Ali Setan akan terus menjadi ingatan"

Astro Awani
Mac 1, 2017 14:54 MYT
Tan Sri Jins Shamsuddin meninggal dunia di Klinik Idham di Taman Melawati, Selangor sekitar 5.45 petang tadi. - Foto fail
Pemergian legenda seni negara Tan Sri Jins Shamsuddin sememangnya amat dirasai peminat dan warga seni tanah air.
Garis masa media sosial ketika ini dibanjiri ucapan takziah, daripada pemimpin politik sehinggalah peminat industri seni tempatan yang tidak dapat melupakan lakonan Allahyarham menerusi filem seperti Bukit Kepong dan Ali Setan.
Antaranya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melahirkan kesedihan beliau susulan pemergian aktor, pengarah dan seniman negara itu.
"Sedih terima berita seniman Tan Sri Jins Shamsuddin telah pulang ke rahmatullah. Takziah kepada keluarga, moga roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah," katanya menerusi Twitter malam ini.

Sedih terima berita seniman Tan Sri Jins Shamsuddin telah pulang ke rahmatullah. Takziah kpd keluarga, moga roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) March 1, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, pula menyifatkan jasa seniman negara tersebut akan dikenang sepanjang zaman.
GALERI FOTO: Seniman Negara, Tan Sri Jins Shamsuddin dalam kenangan
"Takziah keluarga Allahyarham Jins Shamsuddin. Semoga dicucuri rahmat ke atasnya.
"Jasa seniman negara dikenang sepanjang zaman," katanya menerusi Twitter.

Takziah keluarga Allahyarham TS Jins Shamsuddin. Semoga dicucuri rahmat ke atasnya. Jasa seniman negara dikenang sepanjang zaman. Al Fatihah

— Ahmad Zahid Hamidi (@Zahid_Hamidi) March 1, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sebutir lagi kerlip bintang filem Malaysia telah sirna. Takziah buat keluarga Allahyarham TS Jins Shamsuddin yang kembali ke rahmatullah.

— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) March 1, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"Saya hilang guru yang paling banyak ajar saya secara terperinci tentang produksi drama dan filem" - Ogy Ahmad Daud @501Awani pic.twitter.com/uO5LFnRC3p

— Hilal Azmi (@HilalAzmiAWANI) March 1, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagi peminat, sudah tentunya lakonan Jins Shamsuddin akan terus mekar dalam ingatan.

Now that he's gone, we remember Jins Shamsuddin for his films, style & artistry. Those were the days when artists didn't make selfie books.

— Faizal Hamssin (@faizalhamssin) March 1, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Innalillahwainnailaihirajiun.. Salam takziah buat keluarga Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin.. Al-Fatihah

— MIA#COYG (@santiMIA87) March 1, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Salam takziah buat keluarga Tan Sri Jins Samsudin.Semoga rohnya dicucuri rahmat.Lagenda

— D (@Danish_Faris97) March 1, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Selamat tinggal arwah TS Jins Shamsudin,terima kasih jd seniman yg hadiahkan Kita #bukitkepong #alisetan yg akan kekal nostalgia #alfatihah

— BangTehXPakYat (@YatMoharany) March 1, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Al-fatihah jins shamsudin . One of the most respected actor in Malaysia . /p>— ACHIK YUSUF (@Official_Achik) March 1, 2017

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Innalillah. Pergi lagi sebutir bintang yang ketika hidup menyerikan kita semua. Semoga arwah TS Jins Shamsudin tenang disana. Al-fatihah.

— Shafiqe Black (@AkuShafiqeBlack) March 1, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Allayarham meninggal dunia di Taman Melawati, Selangor sekitar 5.45 petang tadi.
Allahyarham tinggal bersama isterinya, Puan Sri Halijah Abdullah di Hulu Klang dan keadaan kesihatannya kurang memberangsangkan selepas disahkan menghidap penyakit Alzheimer sejak 2011.
Allahyarham mempunyai tiga orang anak iaitu Jefri Jins, Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim.
Allahyarham telah berlakon lebih 40 filem antaranya Sarjan Hassan, Gerak Kilat, Si Tanggang, Bukan Salah Ibu Mengandung dan Sumpah Wanita.
Manakala antara filem arahan Allahyarham adalah Menanti Hari Esok, Bukit Kepong, Ali Setan, Esok Masih Ada dan Balada.
#ali setan #Bukit Kepong #Jins Shamsuddin #meninggal dunia