Jihan Muse & Ungku Hariz bakal timang 'baby boy'

Gempak
Disember 12, 2017 10:00 MYT
Jihan dan Hariz bakal sambut kelahiran anak lelaki Januari ini. Foto: Syafiqah Jalal & Instagram @aqoimran
PASANGAN selebriti popular, Jihan Muse dan Ungku Hariz bakal menyambut kelahiran bayi lelaki.
Usia kandungan Jihan kini telah memasuki minggu yang ke-33 dan dijangka akan melahirkan anak sulungnya pada Januari 2018.
Pengumuman tersebut dilakukan oleh doktor pasangan itu, Dr. Norleen Mohd Sallah menerusi panggilan video secara langsung di Majlis Santai Hi Mommy Jihan! Baby Shower Party yang diadakan di Sanggul Cafe, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Hi Mommy Jihan! merupakan sebuah blog video (vlog) bersiri yang memaparkan klip-klip eksklusif kehidupan harian Jihan dan Hariz sepanjang tempoh kehamilan sulungnya sehingga selepas dia bersalin menerusi rakaman yang dilakukan sendiri oleh pasangan ini.
Rakaman vlog yang dibuat sendiri oleh Jihan dan Hariz tanpa sebarang skrip ini bermula sejak kandungan Jihan berusia 31 minggu sehingga selepas Jihan bersalin.
Vlog Hi Mommy Jihan! yang ditaja oleh Anmum Materna dan Thermos ini akan dimuat naik di laman YouTube MeleTOP pada setiap hari Khamis dan Jumaat mulai 7 Disember, jam 9.00 malam.
Manakala, bagi siaran di kaca televisyen, Hi Mommy Jihan! boleh ditonton pada setiap hari Isnin dan Selasa mulai 11 Disember jam 10.55 malam di Astro Ria (saluran 104) dan siaran serentak di Ria HD (saluran 123).
Vlog istimewa ini turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan eBu.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Syafiqah Jalal & Instagram @aqoimran
#anak sulung #Astro Ria #bayi #Gegar Vaganza #Hi Mommy Jihan #Instagram #Jihan hamil #Jihan Mengandung #Jihan Muse #pasangan selebriti #Ungku Hariz #vlog