Jihan dan Ungku Hariz timang bayi lelaki

Hans Yusoff
Januari 25, 2018 21:26 MYT
Jihan selamat melahirkan bayi lelaki dan akan berehat selama dua bulan daripada sebarang aktiviti seni bagi menjalani tempoh berpantang - Gambair fail
Pengacara dan pelawak Jihan Muse kini bergelar ibu selepas selamat melahirkan seorang bayi lelaki malam tadi.
Pengacara Gegar Vaganza itu melahirkan bayi seberat 3.85 kilogram itu dilahirkan di DEMC Specialist Hospital, Shah Alam.
Khabar gembira itu disampaikan melalui laman sosial Instagram program Meletop.
Jihan dan bayinya dilaporkan berada dalam keadaan sihat.
Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa akan bercuti selama dua bulan bagi melalui tempoh berpantang.
Sementara itu, pihak pengurusan turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama para peminat yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Jihan.
Suami Jihan, Ungku Hariz juga berterima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan kelahiran cahaya mata pertama mereka.
#bayi lelaki #Jihan Muse #Malaysia #Meletop #Ungku Hariz