Jerry Lee Lewis, penyanyi 'Great Balls of Fire' meninggal dunia

Astro Awani
Oktober 29, 2022 12:40 MYT
Dilahirkan di Louisiana pada tahun 1935, Lee Lewis memulakan karier muziknya pada usia 14 tahun. Gambar fail AP
JERRY Lee Lewis, penyanyi yang sinonim dengan lagu rock n' roll 'Great Balls of Fire', meninggal dunia pada usia 87.
Lee Lewis dilaporkan meninggal dunia di kediaman beliau di Desoto County, Mississippi, Amerika Syarikat.
Namun begitu, punca kematian tidak didedahkan.
Dilahirkan di Louisiana pada tahun 1935, Lee Lewis memulakan karier muziknya pada usia 14 tahun.
Lagu-lagu beliau pernah menarik perhatian legenda muzik antarabangsa termasuk Elvis Presley, Sir Elton John, Johnny Cash dan ramai lagi.
#Jerry Lee Lewis #meninggal dunia #lagu rock n' roll #Amerika Syarikat
;