Jeon Somi tinggalkan JYP Entertainment

Gempak
Ogos 21, 2018 18:00 MYT
Jeon Somi telah mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak eksklusifnya bersama JYP Entertainment. -Foto Gempak
BEKAS peserta program Produce 101, Jeon Somi telah mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak eksklusifnya bersama JYP Entertainment.
Menurut kenyataan rasmi JYP Entertainment, keputusan yang telah dibuat ini merupakan persetujuan bersama.
"JYP Entertainment dah berbincang dengan artis kami, Jeon Somi dan mendapat kata sepakat untuk membatalkan kontrak eksklusifnya.
"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Jeon Somi dan peminatnya yang sentiasa berada bersama kami sehingga kini," tulis agensi itu dalam satu kenyataan rasmi di laman web.
Namun, punca sebenar kontrak itu dibatalkan masih belum didedahkan.
Jeon Somi kini bergerak solo tanpa pengurusan mana-mana agensi.
Sumber: Soompi
#bergerak solo #Jeon Somi #JYP Entertainment #kontrak eksklusif #Produce 101
;