Jennifer Lopez fail perceraian ke atas Ben Affleck

Agensi
Ogos 20, 2024 07:40 MYT
Portal hiburan Hollywwo melaporkan Lopez sudah memfailkan perceraian ke atas Affleck pada Selasa di Mahkamah Tinggi Los Angeles. - Gambar fail REUTERS
LOS ANGELES: Bukan lagi khabar angin, sebaliknya, berita keretakan rumah tangga pasangan popular Hollywood, Jennifer Lopez dan suaminya, Ben Affleck sudah sampai ke penghujungnya.
Lopez, 55, atau lebih masyhur dengan panggilan J Lo dilaporkan sudah memfailkan perceraian ke atas Affleck, 51, pada Selasa di Mahkamah Tinggi Los Angeles.
Penyanyi dan pelakon itu menyenaraikan tarikh perpisahan mereka pada 26 April lalu, walaupun dia memfailkan pada Selasa (20 Ogos) yang juga ulang tahun kedua majlis perkahwinan mereka.
Portal hiburan The Hollywood Reporter melaporkan telah menghubungi wakil Affleck dan Lopez untuk mendapatkan pengesahan berita perceraian pasangan itu.
TMZ merupakan portal pertama yang melaporkan berita itu. - Agensi
#Jennifer Lopez #Ben Affleck #J Lo bercerai #artis Hollywood bercerai