Jenazah Sandra Dianne selamat dikebumikan

Asyraf Roslan
September 11, 2020 20:34 MYT
Arwah telah selamat dikebumikan pada jam 5.45 petang.
JENAZAH bintang Big Stage, Sandra Dianne telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan di sini, pada petang Jumaat.
Van yang membawa jenazah selamat tiba jam 3.15 petang di rumah keluarganya disambut penduduk dan disembahyangkan sejurus ibunya, Nor Syakinah tiba dari Kuala Lumpur.
Memetik laporan Astro Gempak selesai sahaja disembahyangkan, jenazah telah dibawa ke tanah perkuburan diiringi kira-kira 100 orang terdiri daripada ahli keluarga dan jiran terdekat.
Arwah telah selamat dikebumikan pada jam 5.45 petang.
BACA : Bintang Big Stage 2020, Sandra Dianne meninggal dunia
BACA : Biarpun baru mengenali Sandra, pertemuan itu sangat indah - Cikgu Shafi
BACA : "Kami pernah menangis sama-sama" - Farisha kongsi pengalaman bersahabat dengan Sandra Dianne
BACA : Konsert minggu kelima Big Stage ditangguh, Astro hormati pemergian Sandra
Terdahulu Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26, telah terlibat dalam satu kemalangan kereta di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ketika menuju ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) bagi tujuan raptai.
Sandra mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal sejak Sabtu.
Pelantun lagu Hey! Kau dan Terkemuka itu disahkan meninggal dunia pada jam 1 pagi di Hospital Putrajaya.
#Alessandra Dianne Ampuria #jenazah #Kampung Kauluan #kemalangan #Kuala Lumpur #meninggal dunia #Nor Syakinah #Sandra Dianne #unit rawatan rapi
;