Jenazah penyanyi "Apo Kono Eh Jang" selamat dikebumikan

Hasimi Muhamad
Februari 10, 2022 17:11 MYT
Allahyarham Mastura menghembuskan nafas terakhir akibat kanser ovari tahap empat di kediamannya di Taman Cheras Idaman, pada pukul 8.39 malam Rabu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jenazah penyanyi, Allahyarham Datin Mastura Ismail selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Long, Cheras sebelum Zohor tadi.
Penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Apo Kono Eh Jang itu, menghembuskan nafas terakhir akibat kanser ovari tahap empat di kediamannya di Taman Cheras Idaman, pada pukul 8.39 malam Rabu.
Difahamkan, majlis pengebumian Allahyarham dihadiri oleh sanak-saudara dan rakan-rakan artis yang rapat dengannya.
Allahyarham Mastura, 65, yang juga seorang balu meninggalkan dua cahaya mata dan dua cucu.
Beliau yang dilahirkan di Tanjung Kerayong Mentakab Pahang mula mencipta nama melalui lagu duet menggunakan loghat Negeri Sembilan, Apo Kono Eh Jang! yang dinyanyikannya bersama Ally Noor.
#Penyanyi Apo Kono Eh Jang #Mastura Ismail meninggal dunia #selamat disemadi #Tanah Perkuburan Islam Sungai Long
;