Jenazah Allahyarham Siti Sarah dijangka dikebumi selepas jam 1 tengah hari ini
Fareez Azman
Ogos 9, 2021 12:01 MYT
Ogos 9, 2021 12:01 MYT
KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Siti Sarah Raissuddin akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak selepas jam 1 tengah hari ini.
Van membawa jenazah Allahyarham tiba di tanah perkuburan itu pada jam 12.35 tengah hari dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini.
Siti Sarah, 36, yang bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan COVID-19 menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM.
Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; Ariq Matin, 6; dan bayi lelakinya yang dilahirkan Jumaat lalu.
Wartawan Astro AWANI, Fareez Azman berada di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu untuk melaporkan perkembangan dari semasa ke semasa.
#Siti Sarah Raisuddin
#Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu
#COVID-19
#Uwais Alqami
#unit rawatan rapi
#ICU
#jangkitan