Jejai doa kebahagiaan Fasha Sandha dan Aidil Aziz
Gempak
Mac 31, 2019 12:00 MYT
Mac 31, 2019 12:00 MYT
AKTRES jelita Fasha Sandha selamat melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya, pelakon Aidil Aziz, semalam.
Fasha dan Aidil mengadakan majlis akad nikah di kampung halaman aktres terbabit di Perlis yang dihadiri oleh keluarga bersama teman rapat.
Menerusi pemerhatian di akaun laman sosial Instagram Fasha dan Aidil, pasangan ini dihujani ucapan tahniah daripada peminat.
Bekas suami Fasha, Rizal Ashram Ramli atau Jejai juga mendedikasikan sebuah entri khas di laman Instagram miliknya untuk pasangan ini.
"Aidil, congratulations. I’ve met you only three times, but I’ve heard only good things about you.
"My kids are my everything and I’m glad to know that you are fond of them. That is very important.
"May both of you as husband and wife continue to love and honour each other."
"Fasha, Alhamdullilah selesai majlis nikah. I am so happy and relieved that both of you tied the knot. I am certain that Rayfal and Jemyma enjoyed every bit of this special occasion.
"I pray that this nuptial tie will bring you a lifetime of love and happiness, may your love forever grow, InsyaAllah. Semoga both of you bahagia dunia akhirat and have smooth one," tulisnya.
Dalam pada itu, netizen turut memuji sikap Jejai yang menjaga hubungan baik dengan bekas isterinya biar pun Fasha kini bahagia bersama insan pilihan hatinya.
Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Jejai pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia 5 tahun dan Putri Raysha Jemyma, 4.