Jedi masih kuasai panggung wayang!

APTN
Disember 24, 2017 06:48 MYT
Mark Hamill memeluk karakter R2-D2 di Tokyo, sewaktu aktiviti promosi pada 6 Disember 2017 (foto: Reuters)
‘Star Wars: The Last Jedi’ terus menguasai kutipan ‘box office’ di Amerika Syarikat dan Kanada, mendahului 3 filem baharu yang mula ditayangkan minggu lepas.
Filem kelapan dalam siri Star Wars itu kini menambah AS$69 juta kepada kutipan terkumpul pada hujung minggu lepas.
Filem ‘Jumanji: Welcome to the Jungle’ yang mula ditayangkan berada di tempat kedua dengan kutipan AS$34 juta dan ‘Pitch Perfect 3’ di tempat ketiga dengan AS$24 juta.
Musim cuti Krismas dan Tahun Baharu dijangka akan menyaksikan lebih ramai penonton wayang di AS dan Kanada.
Dan ini senarai penuh kutipan di AS dan Kanada, minggu lepas:
1. "Star Wars: The Last Jedi," AS$68.5 million.
2. "Jumanji: Welcome to the Jungle," AS$34 juta.
3. "Pitch Perfect 3," AS$20.4 juta.
4. "The Greatest Showman," AS$8.6 juta.
5. "Ferdinand," AS$7 juta.
6. "Coco," AS$5.2 juta.
7. "Downsizing," AS$4.6 juta.
8. "Darkest Hour," AS$4.1 juta.
9. "Father Figures," AS$3.2 juta.
10. "The Shape of Water," AS$3 juta.
#AS #Box Office #filem #jedi #Star Wars
;