JB GOT7 jadi paling trending sempena hari lahir ke-25
Astro Awani
Januari 6, 2019 09:50 MYT
Januari 6, 2019 09:50 MYT
PEMINAT kumpulan GOT7 menyambut hari jadi ke-25 anggota kumpulan berkenaan Lim Jae Beom atau ringkasnya dipanggil JB yang jatuh pada 6 Januari.
Lebih meriah apabila ucapan selamat itu menjadikan kata kunci #CutieSexyJBDay, #DefJBDay, and #CutieSexyJaebeomDay trending sedunia di Twitter sejak tengah malam Ahad.
Ucapan selamat turut dimuat naik di akaun Twitter rasmi GOT7 yang turut menggunakan tanda pagar yang sama.
GOT7 dianggotai oleh tujuh anak muda dari empat negara; Lim “JB” Jae-beom, Park Jinyoung, Choi Youngjae, Kim Yugyeom dari Korea Selatan, Jackson Wang dari Hong Kong, Kunpimook Bhuwakul atau mesra dengan panggilan BamBam dari Thailand dan Mark Tuan dari Amerika Syarikat.
Artikel Forbes pernah menulis bahawa semua anggota GOT7 memainkan peranan penting dalam pembikinan muzik mereka.
Sebagai contoh single 'Look' ditulis secara bersama oleh JB sementara EP Eyes on You turut melibatkan hasil kreatif BamBam, Yugyeom, Youngjae dan Jinyoung.