Jay Park umum bakal bersara dari industri hiburan
Asyraf Roslan
April 18, 2019 01:00 MYT
April 18, 2019 01:00 MYT
Jay Park berkata keputusan itu dicapai selepas merasakan tiada lagi ruang buatnya dalam industri hiburan. - Foto Instagram/@jparkitrighthere
PENYANYI rap Korea, Jay Park mengumumkan bakal bersara dari industri hiburan.
Dia membuat keputusan tersebut selepas menyatakan tiada lagi ruang buatnya dalam industri hiburan.
Melalui muat naik terbaharu di akaun media sosial Twitter miliknya, juri Asia's Got Talent (AGT) itu menyatakan bahawa dia akan bersara dari dunia hiburan beberapa tahun lagi.
Dan dia juga berkata akan menunaikan janji tersebut buat peminat dan juga dirinya sendiri.
Rata-rata peminat setia penyanyi itu terkejut dengan pengumuman tersebut dan meminta Jay supaya tidak berhenti daripada industri hiburan.