Jay Park sumbang RM123,000 untuk mangsa kebakaran hutan Australia
Asyraf Roslan
Januari 7, 2020 17:43 MYT
Januari 7, 2020 17:43 MYT
PENYANYI rap terkenal Korea, Jay Park menyuarakan kesediaannya untuk memberi sumbangan bagi membantu meringankan beban mangsa kebakaran yang sedang melanda Australia ketika ini.
Dalam muat naik di laman Twitternya, Jay Park memaklumkan, akan menyumbang sebanyak AS$30,000 (RM123,000).
Pada masa sama, penyanyi yang popular dengan lagu You Know itu turut berharap agar agensi pengurusan naungannya, AOMG akan melakukan perkara yang sama.
Sumbangan berkenaan akan disalurkan ke New South Wales Rural Fire Service.
Rata-rata peminat memberikan respons yang amat positif dan memuji sikap Jay Park.
Australia kini berhadapan dengan bencana yang berpunca dari kebakaran hutan teruk sehingga menyebabkan kemusnahan dan kematian rakyatnya selain ratusan juta haiwan.
#Australia
#Jay Park
#kebakaran
#Korea
#Korea Selatan
#mangsa kebakaran
#Melbourne
#New Zealand
#sumbangan
#Sydney
#terbakar