Jatuh pentas, Lufya mohon peminat doa bayi dalam kandungan selamat

Gempak
September 20, 2017 08:47 MYT
Menurut Lufya lagi, buat masa ini dia masih lagi berada dalam pemantauan doktor. - Foto Instagram Lufya
PELAKON Lufya Omar yang sedang hamil lapan bulan memberitahu tidak menyalahkan mana-mana pihak selepas terjatuh dari pentas Ahad lalu.
Kejadian malang itu berlaku selepas siaran langsung program Da'i.
Bagaimanapun, Lufya memohon supaya peminat mendoakan bayi di dalam kandungannya selamat.
"Malang tidak berbau, saya tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini cuma memohon setiap doa anda supaya kandungan bayi saya dalam keadaan sihat dan kecederaan saya beransur pulih.
"Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada team produksi yang membantu saya dalam keadaan tersebut," tulisnya.
Menurut Lufya lagi, buat masa ini dia masih lagi berada dalam pemantauan doktor.
"Setakat ini saya masih lagi di bawah pemerhatian doktor dan berharap anda semua mendoakan saya terutamanya kandungan saya selamat. Amin," tulisnya lagi.
Dalam pada itu, Lufya juga turut menceritakan kejadian tersebut menerusi kenyataannya di akaun Instagramnya semalam.
"Selepas tamat siaran langsung program Da'i semalam, saya mengalami musibah terjatuh dari pentas lebih kurang 1 meter tingginya.
"Tidak dijangka keadaan ini berlaku terlalu pantas sejurus selepas habis program semalam, saya diajak bergambar oleh @datinmaziahalmas bersama owner Siti Khadijah.
"Tetapi belum sempat bergambar, saya terjatuh dari pentas. Dalam keadaan tidak menyedari ruang yang saya berdiri sudah berada di hujung pentas (tiada penghadang) dan lantai hitam yang saya jangkakan pentas rupanya lantai menyebabkan saya tidak perasan dan terjatuh," jelasnya.
Teks oleh: Mya Amri
Foto: Instagram Lufya
#anak #bayi #Instagram #jatuh pentas #kandungan #Lufya
;