Jasmin Hamid 'sekolahkan' pelakon baharu

Gempak
Disember 5, 2018 09:50 MYT
JASMIN Hamid menasihatkan pelakon baharu jangan terlalu ghairah mengumpul pengikut di laman sosial sehingga mengabaikan kualiti lakonan.
PELAKON Jasmin Hamid kesal dengan sikap segelintir pelakon baharu yang sibuk dengan media sosial di lokasi penggambaran sehingga menjejaskan kualiti kerja mereka.
Menerusi entri di Instagram (IG) peribadinya, Jasmin menasihatkan pelakon generasi baharu agar lebih serius fokus kepada kerjaya mereka berbanding mengumpul pengikut di media sosial.
"Guna telefon masa off set je. Dalam set shooting no telefon please. Kena focus! Saya paling tak selesa bekerja dengan pelakon yang bawa telefon dalam set.
"Sebabkan telefon, tak focus kerja. Zaman dulu, siapa bawa telefon dalam set, telefon akan dirampas dan masuk dalam plastic, dah habis kerja, baru dapat balik telefon.
"Segelintir pelakon zaman sekarang ni kurang displin. Director tengah bagi instruction pun boleh main telefon. Ini semua sebab terlalu taksub sangat dengan sosial media sampai kerja dan disiplin ke laut," tegas Jasmin lagi.
#disiplin #Instagram #Jasmin Hamid #Media #media sosial #pelakon
;