Janna Nick dan Dunkirk: 'Kenapa pertikai cita rasa orang lain?' - Netizen

Madiha Abdullah
Julai 22, 2017 09:30 MYT
Gara-gara terlalu jujur berkongsi berkongsi perasaannya tentang filem itu di laman sosial, Janna Nick dihentam netizen.FOTO/Instagram Janna Nick
KECOH seketika apabila pelakon Janna Nick memuat naik satu status bernada ulasan berkenaan filem dinanti ramai, Dunkirk.
Bukan sahaja pengisian hebat, Dunkirk juga menjadi perhatian kerana ia adalah hasil garapan pengarah prolifik, Christopher Nolan.
Namun gara-gara terlalu jujur berkongsi perasaannya tentang filem itu di laman sosial, Janna terus dihentam netizen.
Majoriti tidak faham apabila seorang 'insan seni' tidak memahami nilai estetika yang ditonjolkan dalam filem tersebut.
Ada juga yang marah kerana Janna memberi komen tanpa menonton filem itu sehingga ke penghujung.

Aku tak boleh hadam bila Janna Nick kabo dia bosan tengok Dunkirk. Hang pelakon kut.

— Ammar Marzuki (@SivFreak) July 20, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang melihat kritikan yang dilemparkan kepada Janna hanya kerana dia tidak mampu menghargai karya itu sebagaimana sepatutnya, sebagai keterlaluan.
Kata mereka, citarasa adalah sesuatu yang subjektif. Justeru, tidak timbul isu jika Janna merasakan filem itu tidak menarik minatnya.

Hahaha Janna Nick only said what she thought about the movie. Yang korang nak bengang sangat dah kenapa

— (@higasha21) July 22, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

I dont get why Janna Nick gets bashed for not liking #Dunkirk. It's completely understandable. Kita ni benda mcm ni pun nak elitis.

— J (@jimiecheng) July 22, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mereka menasihatkan Janna agar lebih berhati-hati dalam pemilihan ayat dan perkataan kerana frasa 'kebodohan teruk' dan 'tertidur sewaktu menonton', dianggap sinis bagi sesetengah pihak.
Filem Dunkirk yang mula ditayangkan pada 20 Julai lalu itu diangkat dari kisah benar ketika Perang Dunia Kedua, mengenai peperangan yang tercetus di Dunkirk, Perancis pada 26 Mei hingga 4 Jun 1940, antara tentera bersekutu dengan tentera Nazi Jerman.
#Dunkirk #filem #Janna Nick