Jangan takut ceburi bidang lain dari yang lain - Amira, pemain dram
Aza Jemima Ahmad
Februari 19, 2020 10:57 MYT
Februari 19, 2020 10:57 MYT
Mempelajari teknik bermain instrumen dram hanya melalui video di YouTube, gadis cilik berusia 17 tahun ini tidak takut mencuba nasib.
Nur Amira Syahira akan menyertai musim terbaharu Ceria Megastar yang bakal berlangsung Sabtu, 29 Februari ini.
Dia yang senang dipanggil Amira, juga pernah menjadi juara ‘Ceria All Stars’ pada 2015.
Gadis yang berasal dari Pulau Pinang ini tampil yakin dengan kebolehannya bermain dram di khalayak ramai.
Mempunyai seramai 1.87 juta pengikut (subscribers) di akaun YouTube, Amira mendapat inspirasi dari artis tempatan seperti Allahyarham Yazid ‘Search’ dan kumpulan ‘Black Wing.’
Walaupun bakat bermain instrumen dram dilihat lebih maskulin, namun Amira tidak takut untuk terus mengembangkan bakatnya dan mencari inspirasi dari pemain dram lain.
“Untuk semua wanita di luar sana, cuba, walaupun orang cakap tak boleh, kita kena buat. Yang paling penting, kena minat. Kita kena minat, kena suka," nasihatnya kepada mana-mana wanita yang ingin menceburi bidang yang lain daripada yang lain.
Ceria Megastar musim kedua pada tahun ini akan ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ceria (611) dan Astro Ceria HD (631), serta turut boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand.
#2015
#2020
#Astro
#Astro Ceria
#bakat
#Ceria All Stars
#Ceria Megastar
#Cilik
#Cuba
#dram
#wanita
#YouTube