'Jangan sebar berita tidak sahih' - Aisyah Aziz akui keluarga terkesan dakwaan khalwat Aliff, Ruhainies

Gempak
Mac 12, 2024 13:40 MYT
Mengakui isu itu memberi tamparan yang hebat buat dia sekeluarga, Aisyah bagaimanapun menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan sesuatu berita yang tidak sahih. -Gempak
ADIK kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu penyanyi Aisyah Aziz akhirnya tampil membuka mulut mengenai kontroversi yang melanda abangnya didakwa ditangkap khalwat dengan aktres Ruhainies.
Mengakui isu itu memberi tamparan yang hebat buat dia sekeluarga, Aisyah bagaimanapun menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan sesuatu berita yang tidak sahih.
"Kami sekeluarga telah menerima tamparan yang hebat sejak kebelakangan ini. Tamparan hebat daripada orang jahil. Namun saya tidak boleh menilai anda berhubung perkara itu (kes berkhalwat).
"Mungkin bercakap tentang itu dan menyebarkannya membuatkan anda rasa seronok, namun saya berharap anda boleh menahan godaan daripada menyebarkan maklumat yang tidak sahih atau aib kerana kami mungkin diuji untuk itu," kongsinya.
Justeru, penyanyi lagu Mimpi itu turut berpesan kepada semua pihak agar berhati-hati dalam berkongsi sesuatu berita.
"Allah telah menutup aib kita daripada dilihat seluruh dunia, janganlah kita menjadi sebahagian daripada mereka yang menyebarkan aib orang lain," tambahnya.
Terdahulu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita membabitkan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz dan aktres Ruhainies yang ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota.
Aliff dan Ruhainies menerusi hantaran di Instagram Story masing-masing ada mengeluarkan kenyataan dengan meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi tidak benar, termasuk dakwaan mereka ditangkap basah. -Gempak
#Aliff Aziz #Ruhainies #Aisyah Aziz #tangkap khalwat
;