"Jangan sampai peluru aku sampai kat kau" - Dakwa diugut, Fathia Latiff trauma

Kohilah Sekaran
Disember 10, 2017 09:40 MYT
Pelakon Nur Fathia Latiff mendakwa diserang oleh seorang individu berkepala botak.
Pelakon Nur Fathia Latiff berkata dia kini trauma selepas mendakwa dia diserang oleh seorang individu berkepala botak.
Menurut Fathia, lelaki itu turut bertindak membaling rantai dan mengugut untuk mencederakan dirinya tanpa sebarang sebab yang diketahui.
Kejadian ini didedahkan oleh Fathia menerusi laman Twitternya pada Sabtu.
“Saya baru sahaja diserang oleh seorang individu berkepala botak, selamat ada parang di belakang kereta. Anda semua perlu berhati-hati.
“Dia cuba mengugut saya dengan berkata, 'jangan sampai peluru aku sampai kat kau'.
"Saya masih trauma,” tweetnya.

Siap baling rantai and hit my shoulder! Ada anak kat belakang pun boleh buat perangai samseng. Entah apa dia ajar anak dia

— Nur fathia Latiff (@fatiyalatiff) December 9, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

He even provoked me by saying " jangan sampai peluru aku sampai kat kau"

— Nur fathia Latiff (@fatiyalatiff) December 9, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

I was being numbed sampai rasa traumatized

— Nur fathia Latiff (@fatiyalatiff) December 9, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tambah pelakon berusia 30 tahun itu, dia mengenali nama lelaki yang menyerangnya itu, namun enggan mendedahkannya atas sebab tertentu.
Lokasi kejadian juga tidak didedahkan.
Fathia juga menyatakan bahawa dia memerlukan khidmat pengawal peribadi bagi menjaga keselamatan dirinya.

I know his name, but i dont want to mention it, one thing for sure. If u are a guy, act like ONE!

— Nur fathia Latiff (@fatiyalatiff) December 9, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

I need a bodyguardsd!!!

— Nur fathia Latiff (@fatiyalatiff) December 9, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#diserang #lelaki berkepala botak #Nur Fathia Latiff #Twitter
;