Jangan samakan imej solekan saya seperti wanita - Aman Aziz
Gempak
September 4, 2017 19:20 MYT
September 4, 2017 19:20 MYT
Bekas Naib Juara Akademi Fantasia 2014 (AF2014) Aman Aziz, berharap agar orang ramai dapat menerima imej seiring perubahan yang ingin dilakukan dalam mempromosikan single terbaharunya, Sulit.
Menurut Aman, tindakannya mengenakan solekan berkonsepkan pop art itu bukan untuk kelihatan seperti wanita sebaliknya ia adalah satu bentuk kreatif yang ingin diketengahkan.
"Ini merupakan eksperimen yang ingin saya ketengahkan kerana mahu memberi kelainan dalam industri hiburan di Malaysia.
"Jangan salah faham, solekan yang digunakan bukannya cenderung untuk tampil seperti wanita tetapi ia adalah selari dengan bidang seni yang diceburi.
"Saya perlu berani tampil dengan imej unik supaya ini dapat memberi kelainan dalam single terbaharu dan imej yang dibawakan lain daripada penyanyi yang sedia ada.
"Bagi saya kelainan yang dibawakan ini adalah untuk mudah diingati oleh peminat kerana pada saya kalau ada vokal yang baik pun belum tentu dikenali," katanya kepada Astro Gempak.
Aman berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya, Sulit di RedBox, The Garden, Petaling Jaya pada Isnin lalu, baru-baru ini.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi