'Jangan malukan mak ayah' - Ogy berang adik terpalit kontroversi tampar Aiman Tino

Gempak
April 4, 2018 17:26 MYT
FAUZIAH: "Saya memang tidak suka apabila adik saya dikaitkan dengan perkara sebegitu dan saya tidak mahu dia terlibat dengan perkara yang tidak boleh mendatangkan manfaat." - Foto Astro Gempak
PELAKON Fauziah Ahmad Daud atau mesra dipanggil Ogy mengakui kecewa apabila nama adiknya, Fazlina Ahmad Daud terpalit kontroversi menampar penyanyi Aiman Tino.
Menurut Ogy, dia ingin berjumpa dengan dengan Aiman Tino dan pihak pengurusannya yang didakwa tidak berpuas hati dengan Fazlina untuk menyelesaikan perkara tersebut.
"Selepas mendapat berita itu saya terus bertanyakan kepada Fazlina mengenai perkara sebenar yang berlaku.
"Dia menjelaskan perkara sebenarnya yang terjadi dan saya turut mengingatkan dia supaya jangan nak memalukan mak dan ayah dengan kontroversi yang berlaku.
"Saya memang tidak suka apabila adik saya dikaitkan dengan perkara sebegitu dan saya tidak mahu dia terlibat dengan perkara yang tidak boleh mendatangkan manfaat.
BACA JUGA: Tak ada SPM pun boleh berjaya: Aiman Tino
"Saya sebenarnya ingin berjumpa dengan pihak pengurusan Aiman untuk selesaikan perkara ini namun adik saya menghalang dan dia ingin menyelesaikan perkara itu sendiri tanpa saya," katanya kepada Astro Gempak.
Ogy berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Sepetang Bersama Bonda Ratuku, di Hotel Premiera, Kuala Lumpur, pada Selasa.
#Aiman Tino #Fauziah Ahmad Daud #Fazlina Ahmad Daud #Ogy #pelakon #tampar
;