'Jangan maki Iqram, sebaliknya doakan dia' - Zulin Aziz

Madiha Abdullah
Disember 24, 2017 11:30 MYT
Zulin berkata, Iqram seorang individu yang baik dan cukup menjaga hubungan dengan Allah serta tidak pernah meninggalkan kewajipan bersolat. - Instagram
PELAKON dan pengacara, Zulin Aziz, meminta netizen agar lebih sensitif terhadap situasi yang dilalui rakan pelakon, Iqram Dinzly.
Kata Zulin, dia tidak faham dengan tindakan sesetengah netizen yang kononnya tidak suka dengan perilaku Iqram, tetapi tidak kisah untuk menghabiskan masa menonton sesi Instagram live yang dibuat pelakon itu.
Perkara itu, ujar Zulin, mungkin akan membuatkan Iqram semakin tertekan.
"Saya tak faham golongan yang menonton Instagram live Iqram tapi hanya untuk maki dia. Kalau bertambah tekanan dia nanti macam mana?
"Kasihan dia. Doakanlah yang baik-baik untuk dia," tulis Zulin di Twitter.

Aku xpaham yg sejenis pergi kat live si iqram dinzly tu pastu maki2 dia..mana lah tau dia stress ke apa ke ko tambah lg buat apa. Sian aku tengok bagi lah dia semangat ke doakan kan dia ke.

— ZulinAziz (@iamzulinaziz) December 22, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tambah Zulin, Iqram yang dikenalinya, seorang individu yang baik malah cukup menjaga hubungan dengan Allah.
"Iqram ni solat tak pernah tinggal. Kalau lepak dengan dia di pusat beli belah, mesti dia akan cari surau. Datang rumah terbuka pun dia akan minta izin untuk tumpang solat," kata Zulin.

Iqram ni memang solat tak tinggal.lepak ngan dia kat mall cari surau.dtg open house umah aku mntk tumpang solat.bukan di buat2 pun. Doakan yg baik utk dia dia org yg baik.

— ZulinAziz (@iamzulinaziz) December 22, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Iqram, sejak kebelakangan ini menjadi topik perbualan, khususnya di laman sosial, selepas kerap kali memuat naik gambar dan status pelik.
Situasi itu dikatakan bermula selepas kematian bapanya beberapa bulan lalu, di mana Iqram telah memuat naik gambar di kubur selepas upacara pengebumian.
Ia menerima kritikan netizen malah ada yang tidak teragak-agak melabel Iqram dengan gelaran yang tidak sopan.
#Instagram #Iqram Dinzly #laman sosial #Twitter #Zulin Aziz
;