Peserta Gegar Vaganza 4 (GV4) itu mecabar pengguna Facebook tersebut untuk jumpa dan berdepan dengannya.
‘Ustazah’ itu dilihat melemparkan kata-kata negatif kepada Aishah selepas dia memuat naik status selepasberjaya ke pusingan akhir GV 4.
“Meluat tengok penyanyi gemuk nama Aisyah ni tergedik-gedik macam suara dia tu sedap sangat,” kata ‘ustazah’ berkenaan.
![Sumber: Facebook](http://img.astroawani.com/2017-12/61513158736_freesize.jpg)
![Sumber: Facebook](http://img.astroawani.com/2017-12/71513158770_freesize.jpg)
Walaupun dikecam, Aishah tetap tenang berhadapan netizen yang melemparkan komen negatif kepadanya.
“Relax friends,fans and family,I ok je..tak jadi kudis apa pun pada I species2 mulut xxxx @keyboard warriors ni.
“Cuma nak ingatkan diorang ni mungkin mereka ni boleh tulis tapi selindung2 muka,tapi mereka lupa yg.apa mereka tulis ni 24/7 Allah nampak dan tau siapa...” katanya.
Dalam perkembangan lain, lima bintang yang berjaya memasuki peringkat akhir adalah Aishah, Tia Jinbara, Lan, Firman Siagian dan Liza Hanim.