Jangan kecam! Rose BLACKPINK takut cakap Korea, khuatir salah ayat - Hyeri

Gempak
Januari 1, 2020 22:00 MYT
Hyeri mendedahkan rakan baiknya, Rose (BLACKPINK) gementar untuk bertutur dalam bahasa Korea.
ANGGOTA kumpulan K-Pop Girl’s Day Hyeri mendedahkan rakan baiknya, Rose (BLACKPINK) gementar untuk bertutur dalam bahasa Korea.
Hyeri mendedahkan perkara itu menerusi program tvN Amazing Saturday yang bersiaran baru-baru ini.
Menurut Hyeri, perkara itu terjadi disebabkan Rose khuatir ayat digunakan ketika bertutur tidak bersesuaian dengan situasi yang berlaku.
“Rose mempunyai masalah untuk membezakan sama ada ayat yang dituturkan itu bersesuaian dengan keadaan atau pun tidak.
“Dia masih lagi belajar mengenai ayat apa yang patut atau tidak untuk diucapkan ketika berbual dalam bahasa Korea.
“Jadi apabila dia menggunakan bahasa itu, jika ada yang mentertawakannya secara tidak langsung Rose menjadi takut untuk berkata-kata kerana khuatir ayatnya salah,” jelas Hyeri.

I can hear Lisa saying "Ya, Park Chaeyoung, are you really a Korean?" my babyyyy haha Hyeri is such an eonnie uwu she knows even that small detail about her @ygofficialblink pic.twitter.com/NzQbjTa7On

— ae (@chipmunkroseyy) December 28, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Rose yang juga merupakan anggota kumpulan BLACKPINK ini telah membesar di New Zealand dan Australia.
Manakala bahasa pertuturan utama yang digunakan adalah bahasa Inggeris.
#Bahasa Korea #Hyeri #khuatir salah ayat #Rose Blackpink #tvN Amazing Saturday
;