'Jangan kecam, pagi memang susah nak menyanyi'- Tajul pertahan As'ad Motawh

Gempak
Disember 28, 2017 17:48 MYT
Tajul (kiri) mempertahankan Asad (kanan) yang teruk dikecam netizen selepas gagal menyampaikan lagu berjudul Asal Kau Bahagia bersama Arm.
PENYANYI Tajul meminta netizen tidak terus mengecam pendatang baru, As’ad Motawh kerana gagal menyanyi dengan baik dalam sebuah program di Indonesia baru-baru ini.
Tajul memberitahu perkara tersebut menerusi ‘Insta Story’ miliknya yang dimuat naik semalam.
Menurut Tajul, menyanyi diwaktu bukanlah satu perkara yang mudah dan dia sendiri pernah mengalami kesukaran seperti yang dihadapi oleh As’ad.
“Pagi memang susah nak menyanyi. Saya bukan nak ‘back up’ kawan.
“Tapi memang kenyataan, saya sendiri pernah alami masalah menyanyi pagi.
“Korang semua janganlah mengecam dia. Nilailah sendiri. Cuba korang dekat tempat dia.
“Dengan key tinggi, tak kena dengan suara dia. Memanglah tak boleh tarik,” tulisnya.
Dalam pada itu, Tajul juga turut berkongsi tips mudah sekiranya diminta untuk membuat persembahan di waktu pagi.
"Selepas ini kalau nak menyanyi waktu pagi, pastikan ‘warm up’ suara.
“Satu jam atau dua jam awal sebelum persembahan bermula,” coretnya.
Terdahulu, As’ad teruk dikecam netizen selepas gagal menyampaikan lagu berjudul ‘Asal Kau Bahagia’ bersama Arm.
Foto: Instagram @tajulofficial / @asadmotawh
#As ad Motawh #Indonesia #Instagram #kecam #kutuk #netizen #penyanyi #Tajol #Tajul #viral
;