Jangan guna istilah 'retis' - Beto Kusyairy

Madiha Abdullah
Oktober 14, 2015 19:12 MYT
Kata Beto, istilah tersebut boleh disifatkan sebagai satu bentuk penghinaan dan kutukan.
Pelakon berkaliber, Beto Kusyairy meminta agar masyarakat tidak sewenang-wenangnya menggunakan istilah 'retis' sebagai singkatan untuk gelaran 'artis'.
Ini kerana kata Beto, istilah tersebut boleh disifatkan sebagai satu bentuk penghinaan dan kutukan.
Perkara itu dijelaskan Beto menerusi status yang dimuat naik ke akaun Twitter.

Perkataan #retis itu adalah satu bentuk kutukan & penghinaan ya. Jgn sesuka nak guna. Org sebut dia pun nak sebut tp hagham tak tau maksud.

— Beto Kusyairy (@Beto_Kusyairy) October 12, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Lainlah klu kau memang berniat nak menganjing sipolan dgn slanga #retis tu. Ketahui maksud asal & tujuannya terlebih dulu tuan puan.. /p>— Beto Kusyairy (@Beto_Kusyairy) October 12, 2015

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tambah Beto, khalayak sepatutnya mengambil tahu tentang satu-satu istilah atau perkataan yang digunakan dan tidak hanya mengikut apa yang diperkatakan tanpa mengetahui asal-usulnya.
Pendapat Beto itu dipersetujui oleh rakan artis, pelakon Izara Aishah yang menganggap istilah retis itu kekampungan dan tidak sesuai digunakan.

@FirdausIz1 @Beto_Kusyairy we were just trying to be nice. Orang kampung je guna retis. Thanks.

— Izara Aishah (@IzaraAishah) October 13, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Istilah 'retis' sering digunakan masyarakat dan dianggap ramai sebagai istilah bahasa pasar untuk gelaran artis.
#Beto Kusyairy #hiburan #Izara Aishah #pelakon
;