"Jangan buat kerja gila" - Vida dapat hantaran, siapa yang lamar?
Gempak
Mac 3, 2023 22:26 MYT
Mac 3, 2023 22:26 MYT
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan usahawan selebriti terkenal Datuk Seri Vida terkejut apabila menerima sebekas barangan hantaran daripada individu tidak dikenali.
Berkongsi perkara terbabit di Instagram, barangan terbabit yang berbungkus kain diserahkan kepada Vida menerusi pembantu peribadinya.
"For me? Takutnya... Saya dilamar? Siapa yang lamar, jangan buat main.. Lamar-lamar ni sensitif.
"Jangan buat kerja gila ya, terkejut saya," katanya.
Hantaran video terbabit mendapat pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya mendoakan hal yang baik buat pelantun lagu I Am Me itu.
"Jeng jeng jeng, tahniah Dato'.
"Bersyukurlah Dato' ada orang nak lamar tu...
"Untung Dato', saya ni tak ada orang nak pun," tulis beberapa pengguna di media sosial beliau.
Terdahulu, Vida pernah mencetuskan kontroversi apabila perancangan untuk mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Ahmah Iqbal Zulkefli tidak kesampaian.
Bagaimanapun, tahun lalu, Vida dilaporkan kembali menjalinkan hubungan istimewa bersama pempengaruh dan pembantu peribadinya.
Untuk rekod, Vida pernah mendirikan rumah tangga beberapa kali. Perkahwinan pertamanya bersama Mohd. Amin Yassin, 43, pada 2000 namun bercerai pada 2008.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikree, Edlynn Zamileen dan Muhammad Eric Zaquan.
Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikree meninggal dunia dalam satu kebakaran di rumah Vida di Ipoh pada 2013.
Beliau berkahwin buat kali kedua dengan Tuan Azid Hamzah pada Januari 2014 tetapi perkahwinan mereka hanya bertahan selama 3 bulan.
Vida kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Fairuz Ahmad Zainuddin pada 2014 namun bercerai pada 7 April 2017.
* Artikel asal disiarkan di Gempak.com