Jamie Lee Curtis menang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Oscar
Agensi
Mac 13, 2023 10:52 MYT
Mac 13, 2023 10:52 MYT
LOS ANGELES: Pelakon ternama Hollywood, Jamie Lee Curtis meraih kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada majlis Anugerah Akademi ke-95 (Oscars 2023) menerusi filem Everything Everywhere All at Once, hari ini.
Ia merupakan kejayaan pertama aktres berusia 64 tahun dalam pencalonan sulung anugerah berprestij dunia itu selepas 45 tahun bergiat aktif dalam industri perfileman.
Selain Curtis, aktor Ke Huy Quan pula meraih trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam filem sama yang menampilkan aktres kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sebagai pelakon utama filem Everything Everywhere All at Once.