James Wan telah bertunang!

Hilal Azmi
Jun 23, 2019 14:15 MYT
Berita pertunangan mereka mendapat perhatian peminat hiburan di seluruh dunia. - Foto Instagram / CreepyPuppet
PENGARAH filem Hollywood kelahiran Kuching, Sarawak, James Wan telah mengumumkan pertunangannya melalui Instagram dan Facebook miliknya hari ini.
"Saya telah bertunang dengan gadis yang menakjubkan serta cantik ini!" katanya ringkas.
Pengarah yang berjaya mencipta fenomena menerusi filem terbaru arahannya Aquaman, yang mencatatkan kutipan Box Office baru-baru ini, memilih Ingrid Bisu sebagai teman hidup.
Mereka telah bertunang kira-kira lima bulan lalu.
Tetapi, menurut laman Instagram Ingrid, dia terpaksa merahsiakan berita gembira tersebut sebelum ini.
"Akhirnya hari ini, secara rasmi saya mengumumkan bahawa kami telah bertunang," katanya .
Ingrid merupakan gadis kacukan Jerman - Romania yang mampu bertutur dalam empat bahasa termasuk Inggeris, Perancis, Jerman dan Latin.
#Hollywood #Ingrid Bisu #James Wan #Kuching #pengarah filem #Sarawak #Tunang James Wan