Jalaluddin Hassan bercakap seorang diri selepas kematian isteri
Gempak
November 17, 2017 09:05 MYT
November 17, 2017 09:05 MYT
DATUK Jalaluddin Hassan, 63, dan pasangannya, Rapidah Abd. Ghani, 43, sudah selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri pada awal pagi Ahad lalu.
Namun, ada kisah pilu yang tidak diketahui umum pada pagi sebelum Jalaluddin berangkat ke Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Kuala Lumpur untuk bertukar status kembali menjadi suami orang.
"Saya tidak pernah melupakan arwah isteri saya (Hashimah Mad Ehsan) dan pada pagi sebelum bernikah pun saya sempat ke kubur arwah pada pukul 7 pagi lagi.
"Saya meluahkan perasaan saya dan menyatakan hasrat hati. Bercakap pun seorang diri.
"Kadang-kadang kalau lihat balik memang nampak macam orang bodoh, tetapi itulah caranya untuk saya berkongsi cerita kepada arwah," katanya sedih.
Jalaluddin dan Hashimah mendirikan rumah tangga selama 40 tahun dan telah dikurniakan lapan orang anak dan 14 cucu.
Hashimah meninggal dunia pada 5 November 2016 akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah kencing manis dan paru-paru berair.
Teks oleh: Amri Hassan