Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersedia memberikan penjelasan kepada pihak industri kreatif dan penggiat seni yang ingin mendapatkan penerangan berhubung Garis Panduan Hiburan Menurut Islam yang telah disediakan.
“Garis Panduan Hiburan berkenaan sememangnya telah dirujuk oleh beberapa pihak industri dan penggiat seni kepada Jakim walaupun jumlahnya masih belum membanggakan.
“Jakim percaya dengan kewujudan Garis Panduan Hiburan Menurut Islam tersebut akan menjadi rujukan semua pihak termasuk mereka yang terlibat dengan industri kreatif agar karya yang dihasilkan selari dengan syariat Islam dan mampu mengekang kesan-kesan negatif kepada masyarakat,” kata Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Datuk Razali Shahabudin dalam satu kenyataan.
Garis Panduan Hiburan Menurut Islam telah dipersetujui oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-68 pada 12 April 2005 dan diterbitkan untuk cetakan pertama pada tahun 2007.
Penyediaan Garis Panduan Hiburan berkenaan telah melalui perbincangan dan perbahasan Panel Pakar Syariah (PPS) Jakim sebelum ia telah disemak semula untuk penambahbaikan selaras dengan perkembangan semasa industri hiburan pada tahun 2014.
Garis Panduan Hiburan Menurut Islam edisi terbaru ini diluluskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk kali ke-107 pada 10-11 Februari 2015.
Antara garis panduan yang terdapat pada edisi terbaharu termasuk pengasingan peraturan mengasingkan antara penonton lelaki dan perempuan di konsert dan persembahan pentas.
Jakim turut tidak membenarkan muzik dan lirik yang mempunyai unsur "menyembah" dan dianggap suci bagi penganut agama selain Islam.
Garis panduan tersebut boleh didapati dalam bentuk dokumen di laman web Jakim.
Astro Awani
Sat Apr 18 2015
![Jakim sedia beri penjelasan tentang garis panduan hiburan Jakim sedia beri penjelasan tentang garis panduan hiburan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-04/81429343250_295x200.jpg)
Garis Panduan Hiburan Menurut Islam edisi terbaru ini diluluskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk kali ke-107 pada Februari 2015
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
![Agensi makanan Singapura benarkan serangga tertentu sebagai makanan manusia Agensi makanan Singapura benarkan serangga tertentu sebagai makanan manusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/41589638919_belalang.jpg)
Agensi makanan Singapura benarkan serangga tertentu sebagai makanan manusia
SFA pada Isnin telah meluluskan 16 spesies serangga untuk makanan manusia termasuk serangga tertentu seperti cengkerik, belalang juta, belalang, "mealworm", ulat sutera, dan lebah madu.
![Johor rangka garis panduan pembangunan pusat data negeri Johor rangka garis panduan pembangunan pusat data negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718948692_Johor.jpg)
Johor rangka garis panduan pembangunan pusat data negeri
Inisiatif itu dilaksanakan sebagai panduan dan rujukan yang seragam kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi terlibat.
![Polis Perak nafi lengahkan siasatan aduan orang awam Polis Perak nafi lengahkan siasatan aduan orang awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711498113_MohdYusriHassan.jpg)
Polis Perak nafi lengahkan siasatan aduan orang awam
Polis menafikan melengahkan siasatan sesuatu kes kerana proses itu ada kalanya mengambil masa disebabkan beberapa faktor, kata Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
![KTMB perhalusi garis panduan tren sewaan khas KTMB perhalusi garis panduan tren sewaan khas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/41576046942_KTMB.jpg)
KTMB perhalusi garis panduan tren sewaan khas
KTMB akan tambah baik dan mempertingkatkan garis panduan perkhidmatan tren sewaan khas demi kepentingan orang awam dan syarikat itu.
![Institusi pendidikan bawah KPM perlu patuhi garis panduan anjur aktiviti luar Institusi pendidikan bawah KPM perlu patuhi garis panduan anjur aktiviti luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713608544_kementerianpendidik.jpg)
Institusi pendidikan bawah KPM perlu patuhi garis panduan anjur aktiviti luar
Kementerian Pendidikan (KPM) meminta semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu untuk sentiasa mematuhi garis panduan penganjuran aktiviti luar bilik darjah.
![Tragedi bongkah batu: Perak tidak akan kompromi isu keselamatan - Saarani Tragedi bongkah batu: Perak tidak akan kompromi isu keselamatan - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702529136_TBSaaraniMohamad.jpg)
Tragedi bongkah batu: Perak tidak akan kompromi isu keselamatan - Saarani
Kerajaan Perak sentiasa memantau isu keselamatan khususnya di kawasan berisiko zon batu kapur di negeri ini kerana membabitkan nyawa rakyat.
![Artis luar negara: Garis panduan Puspal dalam peringkat akhir pindaan - Nie Ching Artis luar negara: Garis panduan Puspal dalam peringkat akhir pindaan - Nie Ching](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712045979_TeoNieChing.jpg)
Artis luar negara: Garis panduan Puspal dalam peringkat akhir pindaan - Nie Ching
Garis Panduan Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) sedang dalam peringkat akhir pindaan, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
![Garis panduan permohonan pemeriksaan berkala kenderaan bermotor boleh diakses mulai 15 April Garis panduan permohonan pemeriksaan berkala kenderaan bermotor boleh diakses mulai 15 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710413465_TBanthonylokejp.jpg)
Garis panduan permohonan pemeriksaan berkala kenderaan bermotor boleh diakses mulai 15 April
Garis panduan itu mengandungi antara lain syarat perkhidmatan, prosedur pemeriksaan, peralatan pemeriksaan, dan syarat pengoperasian pusat pemeriksaan.
![Bomba akan sedia garis panduan pemasangan panel solar Bomba akan sedia garis panduan pemasangan panel solar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709702166_TBtenagasolar.jpg)
Bomba akan sedia garis panduan pemasangan panel solar
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mengeluarkan garis panduan dalam pemasangan panel solar di bangunan, premis perniagaan dan rumah di seluruh negara.
![Cuaca panas: Kebenaran khas murid, guru pakai pakaian sukan - KPM Cuaca panas: Kebenaran khas murid, guru pakai pakaian sukan - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684323112_muridsekolah.jpg)
Cuaca panas: Kebenaran khas murid, guru pakai pakaian sukan - KPM
Semua institusi pendidikan diminta memberi pertimbangan kebenaran khas kepada murid, guru dan kumpulan pelaksana memakai pakaian sukan semasa cuaca panas.