"Jaga perilaku menaiki tren atau Annabelle akan menghantui anda!"
Gempak
Ogos 1, 2017 07:37 MYT
Ogos 1, 2017 07:37 MYT
PIHAK Rapid KL yang mengendalikan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) memberi ‘amaran’ terhadap penggunanya menerusi laman Facebook.
Memuat naik dua foto patung seram Annabelle yang sedang berada di dalam tren serta stesen MRT, Rapid KL menyeru agar orang ramai yang menggunakan perkhidmatan awam tersebut menjadi pengguna yang berhemah.
“Dear valued customers, lately we've been receiving surprise visits from Annabelle. Mind your manners while you're on our trains or.... She will haunt you FOREVER. #annabelleisnear #citizenwithmannerswanted #forabetterfuture,” tulis laman Facebook Rapid KL.
Rata-rata netizen gembira dengan sikap pengendali laman Facebook Rapid KL yang menyampaikan mesej penting mengenai perkhidmatan awam tersebut dalam cara santai dan menghiburkan hati.
“Thahirah Jamaludin: Whoever is handling the Rapid KL social media platform, he / she deserves a raise.”
“Ima Sofieya: I think I really fall in love with you admin. Laki ka perempuan masalahnya ni?”
“Danise Liew: I decide to like this page due to the funny admin, salary increment for admin please Rapid KL.”
“Nor Fauziah: Admin, kita tak naik lagi MRT, tapi all your FB postings make me tak sabar nak naik MRT.”
“Azura Ali: Caya lar Rapid KL! Ayat power, lepas tu rajin melayan komen. Cer kalau page corporate lain, jangankan nak reply complain, komen apetah lagikkk. Good job! Hati akak mudah terhibur. Korang yang balik lewat malam tu, jangan buat-buat tekejuttt bila jumpa Annabella plak naaa.”
Entri tersebut mendapat perhatian netizen semenjak dimuat naik pada petang tadi. Sehingga kini, entri itu mendapat hampir 3,000 komen serta lebih 6,800 perkongsian di laman Facebook.
Teks oleh: Kamaruddin Razal