Jaga dari usia 18 hingga jadi ibu tunggal, pilu hati lihat papa begini - Azharina
Gempak
Mac 9, 2019 14:00 MYT
Mac 9, 2019 14:00 MYT
PENYANYI, Azharina pilu melihat keadaan bapa angkatnya, Hamidi, 74, yang sedang tenat di hospital.
Sebak, Azharina meluahkan isi hatinya menerusi akaun Instagramnya semalam.
Menurut Azharina, kasih sayang yang diberikan bapa angkat kepadanya tidak pernah berat sebelah dan sama seperti anak kandungnya.
“Asalamualaikum semua. Papa Nina sedang tenat di hospital. Dialah yang menjaga dan selalu menasihati Nina bersama mama dari usia nina 18 tahun perkenalan pertama kami sehingga Nina menjadi ibu tunggal sekarang.
“Dialah imam bila mana setiap kali ada bacaan doa dan solat di rumah. Papa Hamidi mengambil Nina menjadi anak angkatnya bila dia mula melihat Nina.
“Kasih sayang papa dan mama tak ada bezanya dengan yang lain. Sama seperti anak kandung mereka.
“Sedih pilu hati Nina melihat keadaan papa begini. Setiap Nina di landa masalah papa selalu mendengar luahan dan menasihati nina bersabar.
“Di usia 74 tahun, dia gagahi setiap langkahnya setiap hari 5x ke surau Nurul Imam dan menguruskan hal-hal surau.
“Doakan papa senantiasa sehat dan kuat menghadapi sakit ini. Semoga papa bisa sembuh. Anakmu Nina... Sayang papa,” coretnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata peminatnya mendoakan kesembuhan bapa angkatnya itu.