Jadual tayangan 'Avatar' berubah kerana COVID-19
Asyraf Roslan
Julai 26, 2020 14:18 MYT
Julai 26, 2020 14:18 MYT
MEMANDANGKAN COVID-19 masih lagi menjadi pandemik global dengan Amerika Syarikat menjadi negara paling tinggi mencatat kes positif virus itu, banyak penerbitan filem dan karya ditunda pelancarannya.
Antaranya filem terbitan Disney seperti karya epik sekuel Star Wars dan Avatar.
Dalam satu makluman terbaharu, Disney mengeluarkan jadual atau kalendar tayangan bagi beberapa filem terbitannya.
Sudah pasti Avatar antara yang terjejas apabila Disney sahkan penangguhan tayangannya mungkin membabitkan tempoh sehingga setahun.
Dalam jadual terbaharu itu, setiap tahun antara 2022 dan 2028, Disney antara lain merancang untuk terbitkan filem baharu Star Wars dan Avatar.
Tayangan perdana Avatar misalnya, akan disiarkan bermula 16 Disember 2022 diikuti Avatar 3 pada 20 Disember 2024, Avatar 4 pada 18 Disember 2026 dan Avatar 5 pada Disember 2028.