"Jadilah suami yang baik seperti Papamu..." - Nora Ariffin dapat menantu
Gempak
Januari 20, 2019 17:55 MYT
Januari 20, 2019 17:55 MYT
PENYANYI Nora Ariffin bersyukur apabila anak sulungnya, Mohd Syakir Iman selamat bergelar suami pada Sabtu.
Nora memaklumkan berita gembira itu menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya.
“Alhamdulillah... Syukur pada Allah, hampir dua tahun menanti.
“Hari ini saya dan arwah Johan dah dapat menantu. Mama berdoa Syakir Iman dan Sofea bahagian hingga ke Jannah.
“Jadilah suami yang baik seperti papa mu... Sama-sama kita doakan yang terbaik. Welcome to our family my dear Sofea. love you,” tulisnya.
Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya.
Terdahulu, anak sulungnya itu telah mengikat tali pertunangan dengan Sofea pada 2017.
GALERI FOTO : Hilangnya sebutir permata seni - Johan Nawawi