Jack, kami sentiasa menyayangimu - John Legend, Teigen

Agensi
Oktober 1, 2020 15:58 MYT
Jack disahkan meninggal dunia selepas beberapa hari Teigen menerima rawatan di hospital akibat mengalami komplikasi. - Instagram
HARAPAN penyanyi terkenal, John Legend untuk mendapatkan anak lelaki tidak kesampaian selepas isterinya, Chrissy Teigen, 34, mengalami pendarahan sehingga menyebabkan keguguran.
Anak mereka disahkan meninggal dunia selepas beberapa hari Teigen menerima rawatan di hospital akibat mengalami komplikasi.
Lebih memilukan, berita kesedihan itu dikongsi Teigen menerusi ciapan di akaun Twitternya pada Rabu.
Teigen berkata, mereka bersetuju untuk menamakan anaknya sebagai Jack dan memasang impian untuk merakam kenangan indah itu menerusi muzik video single terbaharu John, iaitu Wild.

pic.twitter.com/iBFKYtYwi2

— chrissy teigen (@chrissyteigen) October 1, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami masih tidak memutuskan nama bayi kami dan mahu menunggu dia dilahirkan dahulu, tetapi pada saat akhir kami mula memanggil anak yang masih dalam kandungan sebagai Jack.
"Jack sangat kuat untuk melawan kesakitan itu demi menjadi sebahagian daripada keluarga kecil kami dan sudah pasti Jack akan sentiasa ada untuk kami selama-lamanya," katanya dalam ciapan berkenaan.
Teigen dalam ciapan itu turut menitipkan sebuah monolog untuk bayi mereka yang tidak sempat melihat dunia.
"Saya kesal apabila momen terawal hidupmu begitu banyak komplikasi yang dihadapi, dan kami tidak dapat menyediakan ruang sebaiknya untukmu bertahan. Kami akan sentiaa menyayangimu," ujarnya dalam kapsyen gambarnya.
Teigen juga berterima kasih juga kepada semua pihak yang sentiasa memberikan semangat, doa dan kata-kata positif buat mereka sekeluarga.
Teigen dan John mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Luna, 4 dan Miles, 2.
#meninggal dunia #bayi #john legend #Chrissy Teigen #keguguran #Jack
;