Izreen Azminda idam anak perempuan
Gempak
Januari 7, 2019 07:15 MYT
Januari 7, 2019 07:15 MYT
PELAKON Izreen Azminda teringin untuk menimang cahaya mata perempuan.
Sudah lebih setahun mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Ude Wahid, kini Izreen sedang hamil tiga bulan.
"Kalau ditanya mengenai jantina anak, Insya-Allah dalam beberapa bulan baru boleh diketahui jantinanya.
"Kalau boleh, saya mengidam cahaya mata perempuan, memandangkan saya dan suami sudah pun mempunyai anak lelaki," kata Izreen.
Namun begitu, Izreen dan suami enggan terlalu berharap dan berserah kepada Allah.
"Bagaimanapun, saya berserah kepada-Nya. Cukup kalau bayi yang dilahirkan sihat sempurna, itu sudah memadai.
“Anugerah yang diberikan ini pun sudah buatkan saya sangat bersyukur, Alhamdulillah,” katanya lagi.
Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid telah mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2017 di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup. - Sumber: Media Hiburan