"Itu gambar anak-anak tiga minggu lalu" - Shuhada tak tahu apa niat Hafidz Roshdi

Gempak
Jun 13, 2023 16:00 MYT
Shuhada mendedahkan perjumpaannya bersama anak yang dimuat naik ke Instagram itu adalah sewaktu tiga minggu lalu lagi. - Gempak
ISTERI kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri terkejut apabila dimaklumkan mengenai video dan gambar anak-anaknya yang dimuat naik secara pukal di akaun Instagram milik pelakon itu pada Ahad.
Sedangkan Shuhada mendedahkan perjumpaannya bersama anak yang dimuat naik ke Instagram itu adalah sewaktu tiga minggu lalu lagi.
“Kenapa dia baru berkongsi video dan gambar bersama anak-anak semalam sedangkan perjumpaan itu adalah tiga minggu lalu?.
“Mengapa dia berbuat begitu sedangkan apa yang berlaku sekarang ini pun berpunca daripada dia sendiri," kata Shuhada kepada Gempak.
Malah Shuhada memberitahu dia sendiri tidak tahu niat sebenar content atau kandungan itu dimuat naik sehari sebelum proses tuntuan hadanah (hak penjagaan anak).
“Saya sendiri tidak ‘follow’ atau ‘like’ akaun berkenaan. Malah, saya sendiri tidak tahu apa tujuan atau motif di sebalik tindakan yang diambil oleh dia.
“Ustaz yang menguruskan prosiding tadi pun meminta sebarang keputusan atau tindakan yang dibuat untuk mengutamakan anak-anak. Bukan hanya mengikut diri sendiri saja,” ujarnya.
Terdahulu, Hafidz memuat naik video dan gambar bersama anak-anaknya iaitu Humairah dan Umar di Perlis. Malah, Hafidz turut meluahkan rasa rindunya terhadap kedua-dua anaknya itu.
Hafidz atau dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Pada 18 April lalu, Hafidz memfailkan dua hadanah penuh dan sementara terhadap dua anaknya Humairah, 6, dan Umar, 2, di mahkamah sama.
Sebelum ini, Hafidz meluahkan rasa sedih apabila tidak berpeluang meraikan Hari Raya bersama dua anaknya.
Hafidz ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebelum ini berkata, dia hanya berpeluang berhubung dengan dua anaknya menerusi panggilan video.
Terdahulu, pada 9 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menetapkan 20 Jun ini bagi perbicaraan pengesahan lafaz cerai Hafidz dan Shuhada. -- Gempak
#Hafidz Roshdi #Nurul Shuhada Mat Shukri #hak penjagaan anak #bercerai
;