Isu Ruhainies dan Aliff Aziz, akhirnya Risteena buka mulut
Gempak
Mac 11, 2024 17:21 MYT
Mac 11, 2024 17:21 MYT
PELAKON Risteena mengakui kontroversi yang melibatkan dakwaan berkhalwat di antara adiknya iaitu aktres Ruhainies dan Aliff Aziz tidak menjejaskan kehidupan hariannya.
Menurut Risteena, adiknya itu berada dalam keadaan baik dan menjalani kehidupan seperti biasa.
“Sejujurnya sedikit pun saya tidak rasa terganggu apabila diserang atau timbulnya spekulasi yang berlaku sekarang.
“Sebab saya faham kehidupan sebagai seorang figura terkenal akan sentiasa berhadapan dengan situasi sekarang.
“Ruhainies sangat okey sekarang dan sangat tenang. Kami menjalani kehidupan seharian kami macam biasa sahaja,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Mahu membiarkan Ruhainies dan Aliff menceritakan hal sebenar, Risteena bagaimanapun memberitahu pihak adiknya akan mengambil tindakan terhadap netizen yang menyebarkan fitnah.
“Saya tidak pernah peduli dengan apa yang dikatakan kerana saya lebih mengetahui kejadian yang sebenar yang berlaku.
“Cuma lebih baik saya serahkan pada Ruhainies dan Alif yang menceritakan sebab mereka lebih layak dalam kes ni.
“Cuma netizen perlu berhati hati dalam berkata kata, sebab selepas kes ini selesai, sekiranya ada fitnah dari netizen, akan diambil tindakan pada mereka.
“Pihak Ruhainies telah pun tangkap layar semua fitnah yang dilemparkan buat masa sekarang,” jelasnya. -Gempak