Isu royalti Apple: Taylor Swift jadi mangsa troll rakyat Malaysia
Astro Awani
Jun 24, 2015 21:17 MYT
Jun 24, 2015 21:17 MYT
Taylor Swift sememangnya bukan calang-calang artis.
Susulan daripada isu royalti yang dibangkitkan Swift terhadap Apple baru-baru ini, syarikat berkenaan terus mengambil tindakan yang sewajarnya.
Walaupun ramai memuji ada juga mengambil peluang untuk mempersenda Swift di laman sosial.
Pada pendapat netizen, jika Swift boleh memujuk sebuah syarikat sebesar Apple, tentu banyak lagi yang mampu dilakukan Swift untuk mengubah dunia.
Paling popular dan melucukan adalah permintaan agar Swift memujuk kerajaan untuk menarik balik GST.
Selain itu, turut menjadi sebutan adalah harga minyak, kejatuhan nilai ringgit dan kerja khusus di universiti.
Ada juga yang mengungkit kegagalan Swift menyelamatkan hubungan cintanya.
Swift sebelum ini menghantar surat terbuka kepada Apple, meminta agar royalti untuk artis tidak disekat sepanjang tempoh tiga bulan percubaan langganan Apple Music.