Isu Rohingya: Bob Geldof akan pulangkan anugerah tanda protes terhadap Suu Kyi

Astro Awani
November 13, 2017 08:52 MYT
Bob Geldof akan memulangkan anugerah "Freedom of the City of Dublin" sebagai tanda protes kepada tindakan Suu Kyi (gambar) terhadap etnik minoriti Rohingya. -Gambar fail
PENYANYI dan penggubah lagu Ireland, Bob Geldof akan memulangkan anugerah "Freedom of the City of Dublin" sebagai tanda protes kepada tindakan pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi terhadap etnik minoriti Rohingya.
Suu Kyi turut sama menang anugerah berkenaan sebelum ini.
Kata Geldof, beliau berasa malu untuk berkongsi anugerah dengan individu yang enggan bersuara dan mengambil sebarang tindakan bagi menyekat keganasan ke atas kaum Rohingya.
Geldof, ahli muzik dan pengasas Live Aid menambah anugerah itu akan dipulangkan lewat petang ini kepada Dewan Perbandaran Dublin.
#Aung San Suu Kyi #Bob Geldof #Dewan Perbandaran Dublin #etnik minoriti #Live Aid #Myanmar #pemimpin myanmar #Rohingya
;