Isu kerja lebih 20 jam: Jangan ambil mudah perkara ini, Finas! - Seniman
Kenyataan Media
Januari 4, 2023 15:56 MYT
Januari 4, 2023 15:56 MYT
PERSATUAN Seniman Malaysia (Seniman) telah mengambil maklum dan mendengar penjelasan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas melalui isu berbangkit yang melibatkan ahli kami Sharnaaz Ahmad mengenai masalah yang dihadapinya ‘ Dilenjan Lebih 20 jam’ di set pengambaran yang menjadi viral di media masa dan media sosial baru baru ini.
Merujuk kenyataan CEO Finas mengenai isu tersebut, Finas menjelaskan penggiat-penggiat seni harus merujuk peruntukan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 bagi had kerja lebih masa dalam pengambaran adalah jawapan yang amat dangkal sekali malah kita dapat melihat CEO Finas bagai “melepaskan batuk di tangga".
Akta tersebut hanya relevan melibatkan semua sektor pekerjaan kecuali sektor Industri kreatif yang mana pekerjaan di dalam Industri tidak sesuai diguna pakai dan cara bekerja serta masa bekerja penggiat seni amat berbeza berbanding sektor-sektor lain.
Bayangkan pelakon, kru, pengarah dan kategori seni yang sewaktu dengannya menggunakan Akta Kerja 1955, ini bermakna gaji minum sebanyak RM 1,500 yang diumumkan oleh kerajaan, had masa bekerja lapan jam yang digunakan waktu pejabat, Kewangan Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perkeso secara wajib dicarumkan oleh majlikan, apabila secara dasarnya merujuk akta tersebut yang disarankan oleh Finas secara logik akalnya boleh terpakai kepada penggiat seni yang membuat pengambaran dan persembahan?
Jadi apa gunanya SENIMAN berjuang untuk mendapatkan Perkeso dibawah Skim Pekerjaan Sendiri kategori penggiat seni selama berpuluh tahun? Berjuang untuk mendapatkan standard kontrak yang adil supaya KWSP dapat dicarumkan?
Berjuang bagi mewujudkan Akta Industri Kreatif Malaysia seperti mana nelayan mempunyai akta mereka sendiri dibawah Akta Persatuan Nelayan 1971?
Dan dalam isu ini, adakah nelayan juga perlu merujuk Akta Kerja 1955 bagi had kerja lebih masa atau gaji
minimum?
Disini, Seniman menegaskan bahawa industry kreatif adalah pekerjaan yang berbeza! apabila, jawapan CEO FINAS supaya penggiat seni merujuk Akta Kerja 1955 untuk menyelesaikan masalah had kerja lebih masa adalah sangat tidak relevan.
Jadi, apa fungsi Finas?
Finas diwujudkan untuk membantu industri bagi melaksanakan hala tuju yang lebih jelas, suasana yang baik dan mencipta dasar ekosistem asas dengan kerjasama persatuan-persatuan seni sebagai panduan kepada pemain-pemain industri dan Penggiat Seni Malaysia.
CEO Finas bagai ‘lepas tangan’ dan tidak faham Akta Finas itu sendiri dibawah Akta 244 Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Pindaan) 2013.
Beliau hanya merujuk akta akta agensi dan kementerian yang lain untuk menyelesaikan isu industri, Ini amat mengecewakan.
Sebagai seorang CEO FINAS beliau sepatutnya, lebih arif menyelaraskan isu isu industri merujuk akta akta yang berkaitan dan bertindih supaya ia dapat diselaraskan selari dengan Akta 244 Finas bagi mempermudahkan Finas menyelesaikan isu-isu berbangkit dan bertindih yang melibatkan Industri tetapi malangnya pekara tersebut tidak berlaku.
Justeru itu, kami berharap agar Menteri Komunikasi Dan Digital, Fahmi Fadzil mengkaji semula pelantikan CEO Finas secara lantikan politik selama dua tahun kerana melalui pengalaman Seniman pelantikan
CEO secara politik selama ini, tidak pernah dapat menyelesaikan masalah.
Industri mengikut bidang kuasa FINAS malah ia lebih memberikan kesan buruk apabila sesetengah CEO yang dilantik secara politik menyalahgunakan kuasa mereka di dalam pentadbiran Finas seperti menggunakan kuasa menurunkan pangkat pegawai, mengenakan tindakan tatatertib dan menukarkan pegawai ke jabatan yang tidak bersesuian dengan tanpa sebab.
Secara dasarnya ia memberi kesan yang teruk kepada pentadbiran agensi kerajaan dengan sikap salah guna kuasa dan tidak mempunyai pengalaman yang luas mengenai industri, sekaligus akan mencacat
dan melambatkan lagi kelancaran pentadbiran FINAS itu sendiri.
Sehubungan dengan itu, Seniman mencadangkan kepada YB Menteri supaya pelantikan CEO Finas secara lantikan politik perlu dihentikan dan pelantikan CEO atau Ketua Pengarah harus berlaku secara semulajadi di peringkat dalaman Finas itu sendiri di mana pegawai, pengarah atau timbalan ketua pengarah yang layak dan kelulusan PTD perlu dinaikan pangkat supaya segala pentadbiran kerajaan dapat diselesaikan bagi mengelak masalah birokrasi serta ketirisan pentadbiran FINAS hatta, sekirannya masalah ini tidak ditangani awal nescaya, masalah yang diselubungi penggiat-penggiat seni di dalam Industri
Kreatif Malaysia selama puluhan tahun ini tidak akan dapat diselesai sampai bilabila. “Anak Seni Pewaris Budaya, Seniman Rakyat Untuk Negara.”