Isu buka tudung: Saya bukan insan sempurna - Siti Saerah
Gempak
September 8, 2017 08:31 MYT
September 8, 2017 08:31 MYT
PENYANYI Siti Saerah yang juga adik kepada penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza akui kini tidak lagi bertudung.
Siti Saerah, 34, memberitahu dia tidak lagi berhijab selepas bercerai dengan bekas suami, Saiful Anuar Ahmad Shafie kira-kira dua tahun lalu.
"Saya bukan insan sempurna. Saya juga ada banyak kekurangan.
"Tak semestinya saya dah bertudung sebelum ni saya dah benar-benar berubah.
"Lagi pun, saya tidak mahu tipu diri sendiri. Lebih baik saya berterus-terang sahaja.
"Semua orang mahu berhijab sepenuhnya. Doakan yang terbaik untuk saya," katanya kepada Astro Gempak.
Siti Saerah ditemui selepas sidang media KLXtravaganza di Wangsa Maju pada Khamis.
Hasil perkahwinan Siti Saerah dengan bekas suami mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Ummi Umairah, 6, Ahmad Daiyan, 5, dan Ahmad Aisy, 3 tahun.
Siti Saerah bagaimanapun sudah bersedia menerima kritikan dengan imej terbaharunya itu.
"Saya yang pilih jalan ini, jadi saya sedia terima segala kritikan dan komen orang.
"Dalam perkara ini saya tidak menyalahkan sesiapa.
"Apa pun saya sentiasa mencari yang terbaik untuk diri sendiri," katanya lagi.
Mengenai perkembangan terbaharu, Siti Saerah bakal muncul dengan single terbaharu berjudul "Hanya Restu."
"Hanya Restu" ciptaan Sharon Paul dan Ahmad Fedtri Yahya itu bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Teks oleh: Syafiqah Jalal